Isu agama kristian Sebagai agama rasmi – Saksi buat laporan polis


  14 MAY, 2011POSTED IN: ISU SEMASA
14 Mei 2011 – Isu kontroversi berkenaan perancangan menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi yang telah dinafikan oleh paderi dan ahli DAP kini terdapat saksi yang tampil  membuat laporan polis bahawa kejadian itu sememangnya berlaku.  Mohd Razali Abd Rahman yang terpanggil membuat laporan polis selepas kecewa dengan penafian-penafian yang dilakukan oleh beberapa pihak. Mohd Razali bersama isteri telah membuat laporan polis di daerah timur Georgtown semalam. Dalam kenyataan kepada pegawai penyiasat, beliau mengaku hadir dalam majlis kesyukuran  tertutup itu yang dihadiri oleh paderi-paderi di sebuah hotel. Dalam majlis itu dikatakan menurut dua laman blog, seorang paderi telah berdoa dan berikrar untuk menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan penganut agama kristian sebagai perdana menteri. Kemudian sebuah akhbar berbahasa Melayu telah menyiarkan berita ini sebagai tajuk utamanya.
Dato’ Khalid Abu Bakar timbalan ketua polis negara pula mengatakan terdapat versi baru dalam laporan yang dibuat kepada polis. Menurut beliau lebih ramai individu yang berkaitan akan dipanggil untuk membantu siasatan. Walaubagaimanapun, timbalan ketua polis negara itu enggan mengeluarkan jumlah individu yang telah dipanggil setakat ini.p/s: apa da~~~prtahan an agama kta!! huhu... :p

Comments

Popular Posts