Imam Muda Musim ke2 ke Lokasi Tanah Runtuh
Imam Muda Ke Lokasi Tanah Runtuh
Atas dasar prihatin dan ingin memberi penghormatan terakhir, peserta Imam Muda hadir ke lokasi tragedi tanah runtuh di Hulu Langat. Khidmat masyarakat ini dijalankan oleh semua peserta Imam Muda pada hari Ahad yang lalu. Pada Sabtu lepas, Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat telah ditimpa tanah runtuh yang telah menyebabkan 20 hingga 30 penghuninya terperangkap.
Semua peserta Imam Muda tiba di lokasi seawal jam 10 pagi Ahad untuk memberikan sebanyak mungkin bantuan yang diperlukan di sana. Mursyid Zul dan Mursyid Tuan Asmawa serta Tuan Mudir juga turut sama hadir ke lokasi kejadian. Mereka juga telah mengadakan Solat Hajat selepas Solat Isyak pada Sabtu malam di Masjid Wilayah, Jalan Duta, tempat mereka menginap.
Meskipun tidak dapat banyak membatu di lokasi kejadian, Semua Imam Muda membantu menguruskan jenazah-jenazah, sama-sama mengusung jenazah serta sama-sama solat jenazah di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat yang juga disertai oleh lebih 500 penduduk tempatan.
Imam Muda FAKRUL berkesempatan membaca tahlil untuk mangsa-mangsa yang terkorban. Mereka juga turut ke Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding untuk mengebumikan 7 mangsa yang telah disolatkan ke dalam 1 liang lahad yang tamat pada jam 4 petang itu. Semoga roh mangsa tragedi ini sentiasa dirahmatiNya. Al-Fatihah.

Comments
Post a Comment