Cinta (Al-Hubb)
Cinta yaitu Al-Widaad yakni kecenderungan hati pada yang dicintai, dan itu termasuk amalan hati, bukan amalan anggota badan/dhahir. Pernikahan itu tidak akan bahagia dan berfaedah kecuali jika ada cinta dan kasih sayang diantara suami-isteri. Dan kuncinya kecintaan adalah pandangan. Oleh itu, Rasulullah SAW menganjurkan pada orang yang meminang untuk melihat pada yang dipinang agar sampai pada kata sepakat dan cinta.
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasa’i dari Mughirah bin Su’bah r.a berkata : “Aku telah meminang seorang wanita”, lalu Rasulullah SAW bertanya kepadaku : “Apakah kamu telah melihatnya ?” Aku berkata : “Belum”, maka beliau bersabda : “Maka lihatlah dia, kerana sesungguhnya hal itu pada akhirnya akan lebih menambah keserasian dan kasih sayang antara kamu berdua”
sememangnya cintu itu adalah suci, dan amat digalakan dalam Islam untuk kita berkasih sayang,, tetapi yang menjadikan cinta itu Haram ialah pelakunya sendiri. apabila cinta itu disertakan dengan unsur-unsur maksiat maka itu bermakna cinta itu telah dicemari. sighhh... untuk menyampaikan sesuatu memang senang.. tapi untuk memahamkan orang sangat susah ooo.... kadang kala kita akan jumpa orang yang sememangnya faham tapi buat2 x fhm... so... fikir2 an la yer.. hehehe
:)

Comments
Post a Comment