Madu Kelulut Asli (al-Ury)


Madu Kelulut Asli!! Asli dari ladang... ada pmintaan baru tuai k... fresh gitu ollz..hihi,,,
 al-Ury... dengan kata lain al-Uri nie sebenarnya ialah kata bagi mengambarkan kerja-kerja kelulut nie dalam mengambil madu sampai la dorg simpan madu dalam periuk2 dorg... dan kata al-Ury ini juga adalah nama bagi madu itu sendiri.. Allahu Alam... 


Ini rumah a.k.a Vila Nero Bubba kelulut


Vila??? hihi.. setiap rumah kelulut tu ak bg nama... dan nama setiap villa tu mesti ada kaitan dengan kekuatan dan kerajinan.. supaya dorg pn rajin dan kuat la.. hihi... saja jak buat cam tu... huhu.. (villa la sgt).. dorg nie ak selalu pantau... sebab bahaya pulak law x dipantau... nnt Mr and Mrs Ambuk yang take over... huhu..

ini jak la ak mampu buat.. stiker konon huhu..

Jum kita kenal dulu siapa kelulut nie.. macam org sda taw.. huhuhu.. kelulut ini jenis lebah juga taw.. dalam al-Quran juga jelas menerangkan tentang lebah maksudnya semua jenis lebah la dalm surah an-Nahl dalam firman Allah ayat 68 dan 69 yang bermaksud "dan tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat oleh manusia" :dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bemacam -macam warnanya, di dalamnya tedapat ubat-ubat yang boleh menyembukan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu benarlah terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang yang berfikir" 
Kelulut menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.
    Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. 

Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. 

ok, sal kululut dan propolis sda diterangkan seba sedikit so sekarang  ak mo share tentang khasiat dan manafaat madu kelulut secara ringkas.

Meningkatkan daya tahan tubuh
· Mencegah serangan strok
· Melancarkan peredaran darah
· Meningkatkan pengeluaran hormon
· Memperkuat fungsi otak dan jantung
· Memperbaiki sel tubuh yang rosak
· Mengendurkan urat-urat yang tegang
· Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan
· Meningkatkan kecerdasan anak
· Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis
· Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
· Mencegah kanser
· Mengurangkan resdung
· Membantu penyembuhan luka diabetes
· Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong
· Mencegah pembentukan batu karang
· Membantu menurunkan tahap tekanan darah
· Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah
· Melancarkan pernafasan
· Mengurangkan lelah/asma dan banyak lagi...

betul banyak lagi sebenarnya tapi ini la yang top.. huhu.. cara mo kosumsi madu ni macam mana pula??? senang jak.. bagi yang muslim  mulakn lah dengan basmalah, selawat, doa semoga diberi kesembuhan.. dan tenaga..  yang paling penting percaya bahawa Allah itu yamg menyembuhkan (dengan IZIN NYA) dan dengan khasiat(vitamin), manafaat yang ada dalam madu nie la dapat menyembuhkan penyakit dan memenuhi keperluan badan kita.. InsyaAllah.. Aminn..

Bagi yang derita sakit dan yang bru lepas opret ka tu.. minum madu nie kira ikhtiar la juga.. Maka sempurnakanlah ikhtiar itu dengan doa, memohon pada Allah. 

بسم الله الر حمن الر حيم

اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذهِبِ البَأسَ اشفِ أَنتَ الشَّافِيء لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاوءُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Allahuma rabbannas, adz-hibil ba’sa isyfi antasy-syafi laa syifa’a illa syifa’uka, syifa’an laa yughadiru saqaman.
"Ya Tuhan kami, hilangkanlah rasa sakit ini, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan yang sejati kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu. iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan komplikasi rasa sakit dan penyakit lain.
امين 

Allahu Alam


Comments

Popular Posts