Sex Bebas




اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

    بسم الله الرحمن الرحيم
وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا
“dan janganlah kamu meghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang sesat” ( Al-Isra ; 32 )
Ayat di atas menjelaskan bahawa kita dilarang unntuk mendekati atau menghampiri zina, dan amat terang bahawasannya kita dilarang sekeras-kerasnya untuk melakukannya. “fahisyah”  merujuk pada ayat di atas merujuk kepada perbuatan yang keji dan kotor iaitu “zina” diakui kekejiannya oleh setiap orang yang berakal.
Amat sedih sekali, anak muda  pada hari ini tidak menghendahkan tentang permasalahan ini. Malah, ada dari kalangan mereka yang mengangap perbuatan zina yang juga dikenali dengan kata lain iaitu seks bebas (free sex) sebagai lifestyle dan tren zaman sekarang. MashaAllah.
Kes penyimpangan masalah seks, khususnya yang dilakukan oleh remaja sekarang semakin membimbangkan. Sementara dalam kalangan masyarakat sekarang, mereka sudah tidak terlalu mempersoalkan hal ini sedangkan perbuatan ini jelas di nyatakan dalam al-Quran merupakan suatu perbuatan yang sangat dikeji oleh Allah swt.
Seks menurut pandangan Islam ialah zina (bahasa Arab) Zanah (ibrani), iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempan yang tidak mempunyi apa-apa pertalian atau ikatan pernikahan yang menghalalkan yang haram.
Allah tidak pernah melarang hambanya untuk melepaskan keinginan shahwat, asal saja melakukannya dengan cara yang dibenarkan dan halal baginya melakukan persetubuhan terhadap orang yang telah dinikahi dengan melakukan akad yang sah. 
Free sex adalah jenis hubungan yang ilegal, dan sangat di larang keras oleh banyak pihak. Kerana aia menyangkut moral. free sex merupakan pola hidup yang dibangun atas dasar keyakinan bahwa manusia berhak menentukan sesuatu bagi dirinya sendiri.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur,dan menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun.Tidak lama dahulu juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa seorang daripada 10 remaja perempuan telah  melakukan seks bebas. Dan ini betul-betul mengejutkan. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks,dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. Nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya  “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina,sutera bagi lelaki,minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan.”
Menurut satu kajian perubatan dijalankan, sangat mengemparkan apabila kajian perubatan yang dilakukan menemui pelbagai komplikasi atau kesan berbahaya seks bebas. Antarnya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebgai STD.STD bermaksud sexually transmitted disease, penyakit ini kerap menjangkiti inidividu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antarnya ialah,syphilis,gonorrhea,genital herpes,genital wart,trichomoniasis,bacterial vaginosis,ifeksi cytomegalovirus,infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.
Hadirin sekalian yang InsyaAllah dirahmati Allah,
Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita(sumber perubatan islam dan bukti sains moden).Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $ 10 Billion. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit-penyakit ini ialah : mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy, barah kemandulan. sakit jantung, infeksi dan sakit puan Dan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami penyakit radang paru-paru. terencat akal, ganguan sistem saraf dan sakit mata (menurut Isnttitusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan(NAID) Amerika), Jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Hal ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas didalam masyarakat.[1] Berdasarkan kajian yang dilakukan,secara tidak langsung kita dapati bahawa Islam cukup relevan dan selari untuk manusia.Selain merasa betapa sayangnya Allah pada hambanya,kita juga dapat merasa betapa Agungnya Ilmu Allah berbanding kita. 
"Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit."(Surah Al-Imran:5)
Firman Allah lagi dalm surah an-Nur ayat 30:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya”

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya … 

Sekian sahaja dari saya, diharap dapat memberi informasi dan manafaat kepada kita semua. waAllahu Alam.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،

  وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ




Comments

Popular Posts